.::Wedding,Event,Engagement and etc::. Pakej bermula dari RM599

By: ED Photography

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 1-Aug-2007 02:44 Email | Share | | Bookmark
Bengkel D80 & D200 di Hotel Starcity Alor Star




Bengkel ni dah lama dah,tapi saja nak upload sebab suka sgt tgk pose amoi sorang ni... dkt bengkel ni buleh la jumpa otai-otai dalam fotografi macam apek-apek kedai gambar...


Wednesday, 25-Jul-2007 02:01 Email | Share | | Bookmark
Mak Yong



Mak Yong merupakan satu seni tari kebudayaan Melayu yang tradisional yang masih lagi digemari oleh orang ramai, dan kini dipersembahkan dalam bentuk taridra untuk pertunjukan di peringkat antarabangsa. Pada masa dahulu permainan ini dipersembahkan sebaik sahaja selepas orang-orang kampung selesai menuai padi di bendang.

Drama tari Mak Yong merupakan satu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur upacara amal, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan, terutamanya di Terengganu, Pattani, Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan Riau - Indonesia.


Sejarah mak yong

Sejak separuh kedua abad ke-19 hinggalah dekad 1930-an, seni tari Mak Yong adalah di bawah naungan istana. Jika Raja terdengar ada penari Mak Yong yang pandai dan cantik di mana-mana kampung, penari itu akan dititahkan oleh Raja untuk bermain dalam kumpulan istana. Mereka diberi penginapan dan makan minum, serta tanah sawah raja untuk dikerjakan.

Pada awal abad ke-20, tarian Mak Yong mula berkembang ke merata-rata kampung tanpa naungan istana. Punca utamanya adalah kerana kedatangan British ke Kelantan telah mengurangkan kedudukan ekonomi raja-raja ini. Faktor inilah yang mengakibatkan kemerosotan mutu persembahan dalam generasi kedua, iaitu zaman selepas Bah Air Merah pada tahun 1926 hinggalah tahun-tahun 1950-an. Unsur-unsur komersil pertunjukan Mak Yong telah memperalatkan nilai-nilai estetik klasik yang ada dalam Mak Yong. Persembahan Mak Yong yang diadakan dengan cara pemajakan akan bermula dari pukul 8.30 malam hingga pukul 11.00 malam sahaja. Kemudian, persembahan diberhentikan dan alat-alat muzik biola dan akordion menggantikan rebab dan serunai untuk memainkan lagu-lagu joget. Penonton-penonton akan naik pentas untuk menari joget dengan penari-penari Mak Yong.

Nilai moral penari-penari Mak Yong juga mula merosot. Banyak sekali kisah-kisah sumbang di antara penari-penari Mak Yong dengan penonton-penonton selepas selesai persembahan Mak Yong, dan perceraian di kalangan suami isteri dan anak-anak Mak Yong merupakan satu perkara yang biasa sahaja. Malah ada di kalangan penari Mak Yong yang berasa bangga dengan jumlah bilangan suami yang dapat dikutip oleh mereka. Pandangan masyarakat terhadap penari-penari Mak Yong mula merosot dan mula hilang kepercayaan terhadap moral mereka. Keadaan ini mempercepatkan lagi kejatuhan imej Mak Yong.

Pada akhir-akhir 1960-an, sudah tidak banyak lagi kumpulan Mak Yong yang wujud, dan tidak banyak lagi orang yang berminat mempelajari seni tari ini. Kemasukan pengaruh-pengaruh kebudayaan Barat yang meluas menggelapkan lagi permainan Mak Yong. Kalau ada pun persembahan Mak Yong pada masa perayaan seperti Hari Keputeraan Sultan, persembahan itu hanya dikerumuni oleh orang-orang tua.

Kumpulan generasi ketiga tarian Mak Yong telah dipelopori oleh Kumpulan Seri Temenggung, sebuah kumpulan belia. Guru-guru Mak Yong yang terdiri daripada orang-orang lama dari generasi pertama telah diambil untuk melatih mereka dalam tarian-tarian dan nyanyian-nyanyian Mak Yong yang asli seperti yang terdapat pada masa generasi yang pertama dulu. Dengan latihan itu, unsur-unsur yang asli mula dihidupkan kembali.

Sumber:wikipedia




:::.ED PHOTOGRAPHY.::

019-5112662
jgw9549@yahoo.com

ym: edphotography_kedah




Sekarang Para Pelanggan ED Photography dapat menggunakan perkhidmatan paypal untuk membuat sebarang pembayaran atas perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak kami, kami juga menerima sebarang penukaran nilai dari akaun paypal ke mata wang Ringgit Malaysia.




Thursday, 12-Jul-2007 01:00 Email | Share | | Bookmark
.::07:07:07::.





Pada 07.07.07 ED Photography telah diberi kepercayaan oleh http://www.studioaston.com untuk cover majlis gilang-gemilang pasangan Maheran & Zabani yang berlangsung di Tmn Anggerik Jln Kuala Kedah, Alor Star Kedah.





:::.ED PHOTOGRAPHY.::

019-5112662
jgw9549@yahoo.com

ym: edphotography_kedah




Sekarang Para Pelanggan ED Photography dapat menggunakan perkhidmatan paypal untuk membuat sebarang pembayaran atas perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak kami, kami juga menerima sebarang penukaran nilai dari akaun paypal ke mata wang Ringgit Malaysia.




Friday, 6-Jul-2007 10:08 Email | Share | | Bookmark
Budak Kampung kembali...............



Bila balik kat kampung tengok-tengok sorang sepupu dok memancing ataupun bahasa orang kedah "menggail" banyak jugak dapat ikan dekat dia ni,kebayakkannya ikan puyu.Dalam kehidupan kampung kita mana ada shopping kompleks untuk anak-anak muda bersuka ria,cuma yang ada sawah bagi mereka menghabiskan masa lapang.



:::.ED PHOTOGRAPHY.::

019-5112662
jgw9549@yahoo.com

ym: edphotography_kedah




Sekarang Para Pelanggan ED Photography dapat menggunakan perkhidmatan paypal untuk membuat sebarang pembayaran atas perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak kami, kami juga menerima sebarang penukaran nilai dari akaun paypal ke mata wang Ringgit Malaysia.




Friday, 29-Jun-2007 16:17 Email | Share | | Bookmark
..::Baby Potraiture Promotion::..



ED Photography sekarang ini sedang membuat promosi pakej Baby Potraiture,dimana anda boleh merakamkan detik-detik indah bayi ataupun anak kecil anda samada di rumah ataupun di studio kami... hubungilah kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pakej kami ini..





:::.ED PHOTOGRAPHY.::

019-5112662
mzaidi@uum.edu.my

ym: edphotography_kedah





[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net